Tuesday, November 30, 2010
Fadhilat Keluar Di Jalan ALLAH
Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasullah s.a.w telah bersabda: tiga manusia adalah merupakan tanggungan ALLAH s.w.t, jika mereka hidup, mereka akan diberi rezeki dan akan dibantu dalam pekerjaan yang mereka lakukan. Dan jika mereka meninggal dunia maka ALLAH s.w.t akan memasukkan mereka kedalam syurga. Pertama ialah orang yang masuk kerumahnya lantas memberi salam, kedua orang yang pergi kemasjid, ketiga orang yang keluar dijalan ALLAH s.w.t. (HR Ibn Hibban)